BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 29, 2010

Koleksi cerita lawak

TERberanak

Sorang pompuan tu... TERberanak dalam lif. Punyalah dia malu... melalak dan tak mau keluar lif... Datang doktor cuba pujuklah pompuan ni... nak bawa ke hostipal.

"Marilah keluar amoi, saya bawak peligi hostipal". "Tak maulah doktor, saya malu"
Kemudian kata doktor tu... "Apa nak dimalukan, tahun lepas saya ada kes lagi teruk
punya malu.... TERberanak dalam longkang lagi!!!"

Tetiba, lagi kuat amoi tu lalak.... Doktor tercegang dan tanya kenapa nangis lagi kuat.
Kata amoi tu... "Orang tu sayalah jugak!!!!".....


Rahsia Disebalik Rahsia

Zuraini berjumpa ayahnya untuk meminta persetujuan berkahwin dengan Shahrul.

"Ayah, Shahrul mahu melamar saya" kata Zuraini.

"Apa kau nak kawin dengan Shahrul?.. tak boleh!!" Kata ayahnya dengan nada tinggi,
"Kau boleh kawin dengan siapa saja asal jangan Shahrul..."

"Kenapa saya tidak boleh kawin dengan Shahrul?" Tanya Zuraini

Sambil berbisik...ayahnya memberitahu...
"Sst jangan sampai emak kau tahu ya.. Shahrul itu adalah abang kau."

Zuraini terkejut... lalu pergi mencari emaknya.

"Mak.. kenapa ayah melarang saya berkawin dengan Shahrul" tanya Zuraini kepada emaknya.

"Engkau tak payah dengar cakap ayah kau tu.. kau boleh kawin dengan Shahrul..." emaknya menjelaskan.

Zuraini hairan bercampur gembira..
"Kata ayah Shahrul itu abang saya...?"

"Ayah engkau juga tidak tahu yang engkau tu bukan anaknya."

Seloka Hari Raya Aidil Adha

Takbir raya mula bergema,
Ayam itik menghilang entah ke mana,
Lembu dan kambing menjadi korban,
Babi tersenyum tak masuk Islam....

Selamat Hari Raya Aidil Adha, Raya Korban, Raya Haji....


3 B


Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat..

Pemuda : "Ustaz.. kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya?
Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih..."

Ustaz : "Perempuan yang macammana menjadi idaman kamu?"
Pemuda : "Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar,
penyayang dan menyintai saya sepenuh hati..."

Ustaz : "Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B. 'B' yang
pertama adalah 'BERUSAHA'... apakah kamu sudah banyak berusaha?"

Pemuda : "Susah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergi
untuk mendapat seorang gadis.."

Ustaz : "Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu 'BERDOA'
dan juga 'BERPUASA'

Pemuda : "Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang... saya
juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis ....."

Ustaz : "Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan "B" yg ketiga."

Pemuda : "Apa itu Ustaz! ?"

Ustaz : "BERCERMIN!"


Kurang Cocok

Seorang sahabat sedang mencari pembantu rumah dan setelah
diselidik di agensi... senarai akhir... adala 3 orang wanita indonesia yang
tersenarai...
Banyak la soalan yang ditanya..kesemuanya sama antara ketiga-tiga
calon tu... sapa nama... umur... status... pengalaman kerja...

calon 1..
Apa nama?
Erni
Umur berapa?
22 tahun tuan.
Berkahwin atau belum?
Ahh..tuan... masih bujang.
Kenapa tak kahwin?
Belum ada yang COCOK.

calon 2
Apa nama?
Esah
Umur berapa?
24 tahun tuan.
Berkahwin atau belum?
Sudah tuan...sudah ada yang COCOK.

calon3
Apa nama?
Piah
Umur berapa?
23 tahun tuan.
Berkahwin atau belum?
Ahh..tuan...sudah bercerai.
Aii..muda-muda lagi dah bercerai?
Kurang COCOK tuan...


Rahsia Suami

SUE tidak pernah ambil kisah mengenai satu kotak hitam misteri milik suaminya yang
tersorok di bawah katil mereka. Sudah 20 tahun kotak hitam itu disitu satu hari
ketika membersihkan bilik, Sue tidak dapat menahan perasaan ingin tahu isi kandungan
kotak hitam itu . Sue terperanjat dan hairan apabila dalam kotak hitam itu ada tiga biji
telur ayam dan wang tunai RM 3000. Dia cuba menyelesaikan misteri itu dengan
bertanya kepada suaminya

"Kenapa abang letak 3 biji telur ayam di bawah katil kita? "

Suaminya terperanjat beruk tetapi masih mampu menjawab
" sayang , setiap kali abang curang kepada mu, abang letak satu telur ayam sebagai
tanda penyesalan " .

Sue terdiam tetapi mampu mengawal kemarahannya kerana tiga kes curang dalam tempoh 20 tahun mereka bersama masih boleh dimaafkannya. Kemudian sue bertanya
lagi :
" Tapi abang kenapa ada duit RM 3000 ? "

Dengan suara terketar-keta r suaminya menjawab,
"Setiap kali telur itu cukup sedozen abang jual dan duit abang letak dekat situ ".

0 comments: