JFD
Mungkin ada yang kenal dan ada yang tidak kenal pada Fraser Doherty. Ceritanya bermula pada tahun 2002 pada usia 14tahun, dia mula membuat jem dari resipi neneknya, di rumah keluarganya di Edinburgh, England. Fraser Doherty hanya menjalankan usaha cara lama. Jem tersebut menjadi kesukaan jiran dan kawan-kawannya yanng pergi ke gereja. Akhirnya, jemnya mendapat perhatian ramai.
Bermula dari kenalan sehingga Doherty menerima tempahan yang banyak dan dia tidak mampu lagi membuat di rumah sehingga dia terpaksa menyewa sebuah kedai memproses makanan untuk beberapa hari dalam masa sebulan dengan 200 orang pekerja. Dikala usianya mencecah 16 tahun iaitu setelah tamat persekolahan, dia membuat jem sepenuh masa. Pada tahun 2007, Waitrose sebuah supermarket di UK mempelawanya untuk menjual ‘Superjam’nya di supermarket mereka.
Dalam masa beberapa bulan sahaja jemnya memasuki 184 Waitrose Stores dan jualannya semakin terus bertambah. Kemudian Doherty membuat pinjaman dari bank sebanyak RM40,000 daripada bank untuk menampung kos pengeluaran bagi mengeluarkan jem perasa Blueberry & Blackcurrent, Rhubarb & Ginger dan Cranberry & Raspberry.
Akhirnya jem Doherty mendapat permintaan Tesco di 300 store melangkaui UK. Pada Mac lalu, Superjam dilancarkan di Ireland. Tahun lalu sahaja Superjam Doherty mencecah jualan RM2.7juta. Pada tahun ini dijangkakan jualannya akan mencecah sehingga RM3.5juta hingga RM6 juta. Dia mengatakan kepada remaja-remaja di luar sana bahawa “kena ada sikap menghadapi cabaran” dan sudah tentu pada usia 19 tahun dia gembira dalam kehidupannya.
Saturday, March 27, 2010
Ikhtibar :- Jutawan jem
Posted by mr stryder at 8:39 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment