BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, March 29, 2010

Chelsea vs Manchester United!!!



Akhirnya match yg paling dinantikan musim ini pertembungan antara tempat pertama dan kedua diantara Chelsea dan Manchester United akan berlangsung pada sabtu ini. Pastinya match ini amat dinantikan kerana dengan perbezaan mata 1 mata sahaja match ini akan menentukan pasukan manakah yang bkal menjadi juara epl musim ini.

Jika dilihat prestasi kedua-dua kelab agak seimbang kali ini Chelsea meskipun tersingkir dari liga juara2 eropah telah kembali bersemangat dan mempamerkan taring sebenar apabila membelasah Portsmouth 5-0 seterusnya menang besar lagi dengan membelasah Aston Villa 7-1. Key player dlm pasukan ini tentunya dua pemain ini iaitu Didier Drogba dan Frank Lampard yg bakal menjadi perancang dan penggempur buat Chelsea. Pasukan Chelsea kelihatan sangat konsisten musim ini dengan setiap pemain mempamirkan peningkatan yang luar biasa seperti Malouda,Ivanovic & Zhirkov. Kelemahan yang sering dilakukan oleh pasuakan ini adalah mudah hilang fokus dan ini amatlah berbahaya kerana boleh mengganggu corak permainan taktikal yang diamalkan oleh juruatih Ancelotti.
Man U pada awal musim mempamirkan prestasi yang buruk setelah pemergian bintang terhebat mereka iaitu Christiano Ronaldo walaubagaimanapun telah bangkit sejak akhir2 ini dengan penyerang sensasi mereka Wayne Rooney semakin bersemangat untuk menggegarkan kubu lawan.Perlu diakui Man U antara pasukan yang mempunyai corak permainan counter attack yang terbaik sekali dengan kemampuan pemain2nya bermain pantas seperti Michael Owen, Park Ji Sung, Nani & etc.
Walauapa pun match kali ni pasti sengit sekali & sama2 kita nantikan. Hope Chelsea yg mnang coz gua fan Chelsea beb.he3

0 comments: