BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 3, 2010

KELAMBU ALAF MODEN


Kenapa mesti beli kelambu ini:-
-Model ini sangat praktikal dan mudah dipasang
-ringan dan mudah di bawa
-terdapat dalam pelbagai warna & saiz (single,Queen & King size)
-sesuai utk ibu yang baru bersalin
-sesuai menghindarkan anda dari gangguan nyamuk aedes
-boleh dihadiahkan kepada ibu & ayah @ atuk & abg
-harga yang berpatutan

Harga:-

-Single :- RM55
-Queen :- RM70
-King :- RM90

KOS PENGHANTARAN:- RM10 UNTUK SEMENANJUNG/ SABAH & SERAWAK RM15

JIKA BERMINAT SILA HUBUNGI 017-5607491 (SHAHRUL)

Thursday, April 8, 2010

Praktikal.. oh praktikal..


uiks alamak bln 6 ni kna praktikal lah plak.. hehe cuak giler nk keja dlm ofis ni seriously menyampah.he3 bkal kelihatan keadaan pejabat yg skema & membosankan tu dgn org2 nya lg.huhuhu wish me gud luck

Saturday, April 3, 2010

dalam sungai ada laut??



Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan
Sungai dalam Laut

“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)


Subhanallah! :
(QS Fushshilat : 53) = (Q.S Al Furqan:53)
Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab

Thursday, April 1, 2010

Din beramboi meniggal dunia.. Al-fatihah


Berita yg sgt2 mengejutkan sx apabila pelawak terkenal din beramboi meninggal dunia setelah koma beberapa hari akibat disahkan mengdiap denggi berdarah.. hilang sudah permata dalam arena lawak tanah air kita.. seriously satu berita yg sgt mengejutkan dan menyedihkan. Al-fatihah moga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah.

Tuesday, March 30, 2010

Rasuah???

Most terrible things yg lebih truk dr dadah ialah rasuah.. Ya ALLAH samada secara langsung @xlangsung jelas kelihatan gejala rasuah di Malaysia ni sgt berleluasa samada di peringkat bawah hinggalah ke peringkat atasan. of course lh phk yg menjadi sasaran ialah SPRM iaitu suruhanjaya pencegahan rasuah malasyia yg dituding jari tdk melakukan kerja membanteras rasuah ini bersungguh2. Salah kh mereka? satu lg pihak ialah agensi kerajaan seperti pihak perkuasa tempatan, polis, bomba, imegresen dan lain2 lg pihak yang selalu dituduh menerima rasuah.Salahkah mereka? atau kita rakyat yg apabila terdesak seperti ditahan polis ketika lesen tamat tempoh, nk mmpercepatkan proses dgn phk kerajaan ke terpaksa memberi rasuah. Salahkah kita? Atau phak kerajaan yg tdk bersungguh2 membanteras rasuah tdk bersungguh2 menjalanakn kempen banteras rasuah. Salah kah kerajaan? one of my friend ada bercerita yg pihak PBT sgt2 mengambil rasuah ini berdasarkn pengalaman kerja sehari2. other of my friend said masa bawak motor yg kebetulan xde side mirror kena than lak tu kt tgh jln coz ade roadblock oleh phk polis.. blh plak polis tu ckp klu saman rm150 klu byr kt polis tu xpyah saman rm100 tp sbb my friend ni kje kilang je mntk lh diskaun rm50 tp xdilayan oleh plois 2 pun last2 mmber dgn nada perli mntk je polis tu saman drpd trpaksa byr kt polis tu duit hbs dosa lg dpt..isk2 YA ALLAH SELAMATKANLH KAMI DARI TERLIBAT DARI RASUAH INI YA ALLAH DAN KAMI POHON JGN TRMASUK KE DALAM TUBUH BADAN KAMI MAKANAN DARI HASIL YG HARAM..AMIN..

Bines oh bisnes..


Syukur alhadulillah sekarang ni semakin ramai orang melayu yang dah terbuka hati nk menceburi bidang perniagaan dan jadikan perniagaan sabagai satu mata pencarian hidup. Orang melayu selama ini tenggelam dan ketinggalan disamping peniaga cina yang terus mnguasai bidang perniagaan selama ini. Org cina mmg fanatik dgn business hatta dari sekecil2 perniagaan menjual di tepi2 jalan hingga lh ke syarikat corporate seperti genting group atau Tan sri Robert Kuok org terkaya di Malasyia sekarang ini. Langkah seterusnya harap ditubuhkan dan digerakkan persatuan seperti perniaga melayu @ kumpulan peniaga melayu dan adalh diharapkan org melayu tdk mengamalkan sikap hasad dengki serta iri hati @ singkatannya PHD sebaliknya bekerjasama menjalankan perniagaan bersama2.. Amalkan sikap dan sunnah nabi berniaga dan kita org melayu pasti berjaya... hidup melayu

Save Gaza!!!




Lihatlah kekejaman yg telah dilakukan oleh israel ini.Sanggupkah kita hanya melihat saudara seagama kita ditindas dan dibunuh sekejam rupa. Marilah kita menyumbangkan apa saja demi mnyelamatkan penduduk palestin dari terus ditindas sehebat2 cara dgn memboikot apa saja barangan israel dan sekutunya U.S seperti jenama COKE,rokok,Levis dan banyak lagi mahupun selemah2 iman iaitu berdoa dalam hati agar israel dihancurkan dan masyarakat palestin sentiasa berada dalam lindungan Allah...

Plant Vs Zombie





kali ni nak story pasal game yg agak cambest giler kira blh wat kita addict la iaitu plants vs zombie. Game oleh Popcap ini mengisahkan tentang zombie yang mahu menyerang rumah kita dan kita perlu mempertahankn diri dgn hanya menggunakan tanaman!! mmg best ade mcm2 jenis tanaman yang boleh kita tanam yg mn setiap satu mmpunyai function msg2 begitu jg dgn zombie yg bermcm2 jnis dr yg lmh higga lh ke tahap yg plh kuat sx. Cerita je xgna gak so jom kita sm2 try main game ni k.

Din beramboi koma??


Berita ni mmg mengejutkan din beramboi seorang yang super super ceria tetiba sakit dan terus koma akibat jangkitan virus air kencing tikus yg telah merosakkan sistem badan beliau.Hope dia cepat sembuh dan chat secepat mungkin..

Man U vs Bayern Munich!!


Hah pg ni bakal berlangsung perlawanan di antara Man u dan Bayern Munich utk piala juara-juara eropah.Pastinya perlawanan ni akan brlngsung sengit sbb ni pusingan kalah mati beb.he3 harap2 lh Man u kalah.hehehe( gua kan peminat chelsea tp chelsea dh tersingkir lk.huhu) So match kali ni gua bet Man U kalah 1-0 so kite sm2 lh tgg resultnya ye..bye3

Kepala berambut panjang

Kisah ni berlaku ketika aku berada di tingkatan satu. Ketika itu aku tinggal di asrama. Macam biasa, aku mula letakkan kepala atas bantal ketika jam hampir menunjukkan 12:00 tengah malam. Tapi malam tu aku rasa sedikit gelisah. Entah apa puncanya, tak dapat aku pastikan. Aku cuba pejamkan mata, tapi tak berjaya. Akhirnya, lebih setengah jam berhempas-pulas, kelopak mataku berjaya juga dirapatkan.

Tak lama kemudian, aku dikejutkan oleh suatu bunyi aneh yang agak kuat. Bunyi sebegitu tak pernah aku dengar sebelum ni. Aku cuba pastikan arah datangnya bunyi tersebut. Seketika kemudian aku tergamam. Berbantukan cahaya samar-samar dari kaki lima dorm, kelihatan satu kepala tanpa badan sedang menyikat rambutnya, betul-betul di atas katil bersetentang dengan katilku. Rambutnya panjang mencecah siling. Ngeri jugak aku. Dalam separuh sedar tu, aku cuba kejut rakanku yang sedang tidur di katil sebelah. "Ina! Ina! Ina..!". Ina tersedar. "Apa hal kejut aku tengah sedap tidur ni?" ngomel Ina sambil menggenyeh matanya. Tanpa memandang ke arahnya, aku memuncungkan mulutku. "Tengok tu." Ina memandang ke depan, dan sesaat kemudian memandang ke arahku semula.

"Takde apa pun! Engkau mengigau la... Dahlah, tidurlah! Aku ngantuk ni." Ina tak pedulikan kata-kata aku, dan terus menarik selimutnya semula. Aku berasa takut. Makhluk itu terus menyikat rambutnya. Semakin kuat sikatannya, semakin kuat pula bunyinya. Aku betul-betul tak tahu nak buat apa. Aku cuba nak kejutkan Ina sekali lagi, tapi kali ni mulutku seolah-olah terkunci. Aku memusingkan badan. Sambil meniarap, aku memekup telinga dengan bantal. Aku takut. Bunyi tersebut semakin kuat.

Selang lima minit kemudian, bunyi tersebut semakin perlahan, dan akhirnya terus lenyap. Aku masih tak berani pusingkan kepala. Manalah tahu, tiba-tiba je makhluk tu dah terpacul depan aku, tak ke naya!

Tiba-tiba suasana sekeliling menjadi hingar. Ruang dorm yang tadinya gelap, kini terang benderang. Aku lihat ada makhluk di kanan kiri aku. Ada yang bawa baldi dan ada yang bawa tuala serta berus gigi.

"Bangun Yati oiiii! Mandi. Sembahyang subuh." Aku mengangkat bantal yang memekup telinga, dan dengan perlahan aku bangun lalu ke hujung katil sambil mataku tak berkelip memandang ke katil depan. Apa yang aku nampak? Tak ada apa, melainkan suatu lakaran di dinding yang tak pernah aku nampak sebelum ni!



Cerita Asal : Raja Rohani ( Perak )

misteri kereta usang menjelma jadi teksi

Pengalaman seram yang tidak mudah saya lupakan ini berlaku 12 tahun yang lalu dan sukar dipercayai. Tetapi ia adalah suatu kejadian yang benar benar saya alami semasa baru sebulan saya berpindah ke blok 13, Eunos Crescent. Ketika itu kawasan tersebut belum membangun pesat seperti sekarang.

Waktu itu selepas maghrib, saya bersama kakak yang memandu kereta dalam perjalanan pulang dari membeli pakaian kumpulan nasyid Alsyahidah kami.

Setibanya dipersimpangan Bedok/Chai Chee, kereta kami tiba tiba membuat ragam. Apalah daya kami sebagai wanita untuk membaikinya. Saya terus berlari mencari telefon awam untuk menghubungi abang saya untuk mendapat bantuan. Malangnya beliau berkerja shift malam hari itu. Kakak terus membuat keputusan meninggalkan keretanya ditepi jalan sahaja, menantikan hari esok.

Kami terus berjalan perlahan lahan disepanjang Bedok/Chai Chee sambil melihat lihat kalau kalau ada teksi kosong. Setelah penat berjalan kami terus berhenti mengharapkan kedatangan teksi. Yang menghairankan, hampir satu jam kami menunggu, tak sebuah teksi pun kelihatan.

Dalam keadaan bosan menunggu, tiba tiba entah dari mana, muncul sebuah teksi yang berhenti betul betul dihadapan kami sedangkan saya tidak pun menahannya. Tanpa berlengah kami terus menaikinya sambilo mengucapkan rasa syukur.

Dalam teksi entah mengapa terlalu banyak cerita yang kami bualkan sehinggakan kami tidak sedar masa berjalan. Setelah saya melihat jam ditangan, barulah saya sedar hampir satu jam kami berada dalam teksi berkenaan dan masih belum tiba ketempat tujuan kami, sedangkan perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent hanya memakan masa kurang dari 20 minit sahaja.

Saya segera mencuit kakak saya bertanyakan akan keganjilan yang kami rasakan dan tempat yang dilalui benar benar tidak kami kenali langsung. Kakak memberi isyarat menyuruh membaca apa sahaja ayat al-quran yang kami tahu. Terkumat kamit mulut kami.

Sempat jugak saya bertanya,"Apek kami nak ke Eunos Crescent! Lu bawak kemana ni?" Apek tadi hanya menganggukkan kepalanya.

Bertambah gementar saya seperti hendak menangis rasanya saya. Kami cekalkan hati, terus membaca apa saja ayat ayat yang kami ingat.

Tiba tiba, kami seperti keluar daripada dunia lain. Teksi tadi terus membelok ke Eunos Crescent. Tanpa perlu kami memberitahu pemandunya, teksi itu terus berhenti betuk betuk dihadapan blok kami.

Tanpa berlengah, kakak saya yang duduk ditepi pintu, seperti terjun sahaja dari teksi dan saya terus menghulurkan wang $10 kepada pemandunya.

Waktu saya menghulurkan wang, alangkah terperanjatnya saya apabila mmenyedari pemandu teksi tersebut adalah seorang tua yang benar benar sudah lanjut usianya. Kelihatan sejuta kedutan ditangannya. Sayangnya saya tidak dapat melihat langsung wajahnya. Dia seperti cuba memalingkan mukannya ke arah lain.

Tanpa bersuara, pemandu itu menolak wang pemberian saya dengan isyarat. Dalam ketakutan dan kehairanan, terdengar kakak sya menyuruh saya turun dari teksi waktu itu dengan segera. Saya, yang dari tadi terasa seperti terpaku, terus turun dari teksi tersebut tanpa menutp pintunya kembali.

Alangkah terperanjatnya kami, kerana hanya beberapa tapak sja kami melangkah apabila kami menoleh, teksi sudah tidak kelihatan lagi.

Menurut penerangan kakak saya, sewaktu turun dari taksi tadi, dia terperanjay apabila menyedari sebenarnya kami bukanlah menaiki teksi, tetapi sebuah kereta yang usang pada pandangannya, Waktu itu saya melihat jam tangan hampir puku; 11.30 malam.

Alanhkah anehnya, perjalanan dari bedok/chai chee ke eunos crescent mangambil masa tiga jam.

lembaga tua di Sekijang Bendera

Kejadian yang akan saya ceritakan ini berlaku beberapa tahun yang lalu, sewaktu saya, kawan-kawan sedarjah dan guru kami berkhemah di Pulau Sekijang Bendera (St John's Island). Kami menginap disebuah rumah yang tidak berkerusi meja. Yang ada hanyalah beberapa katil bertingkat yang berderetan dan dan sebuah kipas angin berdiri. Pada malam pertama, kami tidur awal awal lagiu kerana kepenatan. Pada kira kira 2.30 pagi, kami tersentak dan terus terbangun apabila mendengar suara orang menjerit.

Yati, salah seorang rakan kami, sedang memandang kearah salah sebuah tingkap yang ternganga luas. Mukanya pucat lesi, seperti orang dalam ketakutan. Saya dan rakan rakan cuba menenangkannya. Beberapa minit kemudian, Yati menceritakan bahawa dia ternampak satu lembaga berambut panjang dengan anggota dan pakaian berwarna putih sambil melambai lambaikan tangannya. Menurut Yati, dia menjerit sekuat hatinya apabila lembaga itu mengilai sebelum meghilang.

Saya cuba meyakinkan Yati bahawa apa yang dialaminya otu hanyalah satu mimpi atau imaginasinya sahaja, kerana saya memang tidak percaya dengan hantu atau apa bentuk tahyul sekalipun. Tetapi
Yati tetap mendakwa apa yang dilihatnya benar benar berlaku. Pada keesok malamnya, sebelum tidur, saya telah menutup semua tingkap dan pintu memandangkan cuaca begitu sejuk sekali. Belum lam dibuai mimpi, saya terjaga kerana terasa begitu sejuk hinggkan seluruh badan saya menggigil.

Saya melirikkan mata kearah tingkap dan pintu; semuanya terkunci rapi. Tetapi apabila mata saya menyorot ke araj kipas angin disitu, hati saya tersentak apabila terpandang seorang tua sedang berdiri tegak - betul betul ditempat kipas angin itu. Orang tua itu seperti meniup niup dan memusingkan kepalanya ke kiri dan kanan - sama seperti kipas angin lagaknya.

Apakah kipas angin itu telah menjelma sebagai lembaga tua apabila malam menjelma? Hati saya bertanya sendiri. Saya dapat merasakan tiupannya itu dengan jlas, walaupun saya berjauhan daripadanya. Kerana terlalu takut, saya memaksa diri saya tidur.

Pada keesokkan paginya, saya menceritakan kejadian tersebut pada guru saya. Anehnya, bukan saya seorang sahaja yang telah melihat lembaga wanita tua itu, malah guru saya juga. Kerana tidak mahu kejadian aneh itu berulang, kami pun berkemas pulang ke tanah besar Singapura pada saat itu jugak.

Monday, March 29, 2010

Game Travian





Kali ni aku nk ulas pasal game yang menjadikan aku addict utk menghadap laptop 24 jam ni.he3 game travian ini dimainkan dengan cara kuno iaitu jenis peperangan lama yg memerukan kita memilih satu daripada 3 jenis puak; puak rome,puak gaul & Teuton selepas memilih slh satu drpada puak berkenaan kita akan diberi satu kampung yang kitaboleh modified namanya dan bermain bersama player2 lain diseluruh dunia. Game ini memerlukan analisis & taktikal yang tinggi utk menganilisis strategi lawan. kemampuan utk on9 adalah key utk menang dlam game ni. BIasanya setiap round engambil masa sehingga 4 bulan utk menghabiskan game ni. Ape2 pun game ni mmg best disamping menguji taktikal minda kita, game ni gak memberi peluang kita berkenalan dengan player2 lain dari luar dan dalam negara. Adios :-)

Chelsea vs Manchester United!!!



Akhirnya match yg paling dinantikan musim ini pertembungan antara tempat pertama dan kedua diantara Chelsea dan Manchester United akan berlangsung pada sabtu ini. Pastinya match ini amat dinantikan kerana dengan perbezaan mata 1 mata sahaja match ini akan menentukan pasukan manakah yang bkal menjadi juara epl musim ini.

Jika dilihat prestasi kedua-dua kelab agak seimbang kali ini Chelsea meskipun tersingkir dari liga juara2 eropah telah kembali bersemangat dan mempamerkan taring sebenar apabila membelasah Portsmouth 5-0 seterusnya menang besar lagi dengan membelasah Aston Villa 7-1. Key player dlm pasukan ini tentunya dua pemain ini iaitu Didier Drogba dan Frank Lampard yg bakal menjadi perancang dan penggempur buat Chelsea. Pasukan Chelsea kelihatan sangat konsisten musim ini dengan setiap pemain mempamirkan peningkatan yang luar biasa seperti Malouda,Ivanovic & Zhirkov. Kelemahan yang sering dilakukan oleh pasuakan ini adalah mudah hilang fokus dan ini amatlah berbahaya kerana boleh mengganggu corak permainan taktikal yang diamalkan oleh juruatih Ancelotti.
Man U pada awal musim mempamirkan prestasi yang buruk setelah pemergian bintang terhebat mereka iaitu Christiano Ronaldo walaubagaimanapun telah bangkit sejak akhir2 ini dengan penyerang sensasi mereka Wayne Rooney semakin bersemangat untuk menggegarkan kubu lawan.Perlu diakui Man U antara pasukan yang mempunyai corak permainan counter attack yang terbaik sekali dengan kemampuan pemain2nya bermain pantas seperti Michael Owen, Park Ji Sung, Nani & etc.
Walauapa pun match kali ni pasti sengit sekali & sama2 kita nantikan. Hope Chelsea yg mnang coz gua fan Chelsea beb.he3

Koleksi cerita lawak

TERberanak

Sorang pompuan tu... TERberanak dalam lif. Punyalah dia malu... melalak dan tak mau keluar lif... Datang doktor cuba pujuklah pompuan ni... nak bawa ke hostipal.

"Marilah keluar amoi, saya bawak peligi hostipal". "Tak maulah doktor, saya malu"
Kemudian kata doktor tu... "Apa nak dimalukan, tahun lepas saya ada kes lagi teruk
punya malu.... TERberanak dalam longkang lagi!!!"

Tetiba, lagi kuat amoi tu lalak.... Doktor tercegang dan tanya kenapa nangis lagi kuat.
Kata amoi tu... "Orang tu sayalah jugak!!!!".....


Rahsia Disebalik Rahsia

Zuraini berjumpa ayahnya untuk meminta persetujuan berkahwin dengan Shahrul.

"Ayah, Shahrul mahu melamar saya" kata Zuraini.

"Apa kau nak kawin dengan Shahrul?.. tak boleh!!" Kata ayahnya dengan nada tinggi,
"Kau boleh kawin dengan siapa saja asal jangan Shahrul..."

"Kenapa saya tidak boleh kawin dengan Shahrul?" Tanya Zuraini

Sambil berbisik...ayahnya memberitahu...
"Sst jangan sampai emak kau tahu ya.. Shahrul itu adalah abang kau."

Zuraini terkejut... lalu pergi mencari emaknya.

"Mak.. kenapa ayah melarang saya berkawin dengan Shahrul" tanya Zuraini kepada emaknya.

"Engkau tak payah dengar cakap ayah kau tu.. kau boleh kawin dengan Shahrul..." emaknya menjelaskan.

Zuraini hairan bercampur gembira..
"Kata ayah Shahrul itu abang saya...?"

"Ayah engkau juga tidak tahu yang engkau tu bukan anaknya."

Seloka Hari Raya Aidil Adha

Takbir raya mula bergema,
Ayam itik menghilang entah ke mana,
Lembu dan kambing menjadi korban,
Babi tersenyum tak masuk Islam....

Selamat Hari Raya Aidil Adha, Raya Korban, Raya Haji....


3 B


Seorang pemuda datang berjumpa seorang Ustaz untuk meminta nasihat..

Pemuda : "Ustaz.. kenapa susah sangat saya hendak bertemu jodoh saya?
Sampai sekarang saya belum pernah ada kekasih..."

Ustaz : "Perempuan yang macammana menjadi idaman kamu?"
Pemuda : "Saya mahukan seorang gadis yang putih, cantik, tinggi, pintar,
penyayang dan menyintai saya sepenuh hati..."

Ustaz : "Ohhh ... kalau begitu kamu harus melaksanakan petua '3B. 'B' yang
pertama adalah 'BERUSAHA'... apakah kamu sudah banyak berusaha?"

Pemuda : "Susah terlalu banyak Ustaz... sudah merata tempat saya pergi
untuk mendapat seorang gadis.."

Ustaz : "Kalau begitu kamu kena laksanakan 'B' yang kedua, iaitu 'BERDOA'
dan juga 'BERPUASA'

Pemuda : "Sudah setiap kali saya berdoa selepas selesai sembahyang... saya
juga akan berpuasa setiap hari isnin dan Khamis ....."

Ustaz : "Nampaknya kamu sangat perlu melaksanakan "B" yg ketiga."

Pemuda : "Apa itu Ustaz! ?"

Ustaz : "BERCERMIN!"


Kurang Cocok

Seorang sahabat sedang mencari pembantu rumah dan setelah
diselidik di agensi... senarai akhir... adala 3 orang wanita indonesia yang
tersenarai...
Banyak la soalan yang ditanya..kesemuanya sama antara ketiga-tiga
calon tu... sapa nama... umur... status... pengalaman kerja...

calon 1..
Apa nama?
Erni
Umur berapa?
22 tahun tuan.
Berkahwin atau belum?
Ahh..tuan... masih bujang.
Kenapa tak kahwin?
Belum ada yang COCOK.

calon 2
Apa nama?
Esah
Umur berapa?
24 tahun tuan.
Berkahwin atau belum?
Sudah tuan...sudah ada yang COCOK.

calon3
Apa nama?
Piah
Umur berapa?
23 tahun tuan.
Berkahwin atau belum?
Ahh..tuan...sudah bercerai.
Aii..muda-muda lagi dah bercerai?
Kurang COCOK tuan...


Rahsia Suami

SUE tidak pernah ambil kisah mengenai satu kotak hitam misteri milik suaminya yang
tersorok di bawah katil mereka. Sudah 20 tahun kotak hitam itu disitu satu hari
ketika membersihkan bilik, Sue tidak dapat menahan perasaan ingin tahu isi kandungan
kotak hitam itu . Sue terperanjat dan hairan apabila dalam kotak hitam itu ada tiga biji
telur ayam dan wang tunai RM 3000. Dia cuba menyelesaikan misteri itu dengan
bertanya kepada suaminya

"Kenapa abang letak 3 biji telur ayam di bawah katil kita? "

Suaminya terperanjat beruk tetapi masih mampu menjawab
" sayang , setiap kali abang curang kepada mu, abang letak satu telur ayam sebagai
tanda penyesalan " .

Sue terdiam tetapi mampu mengawal kemarahannya kerana tiga kes curang dalam tempoh 20 tahun mereka bersama masih boleh dimaafkannya. Kemudian sue bertanya
lagi :
" Tapi abang kenapa ada duit RM 3000 ? "

Dengan suara terketar-keta r suaminya menjawab,
"Setiap kali telur itu cukup sedozen abang jual dan duit abang letak dekat situ ".

Renungan kita semua

Assalamu'alaikum wbt...

sedikit muhasabah buat kita...

BILA DIRI BANGUN DI PAGI HARI....

Bila diri bangun di pagi hari ...

titipkanlah rasa syukur di hatimu kepada Allah ...ya Allah, terima kasih
kerana menghidupkan lagi aku hari ini. Lantas ucapkanlah doa warisan
Junjunganmu SAW;
“segala puji bagi Mu ya Allah yg masih menghidupkan aku selepas
kematianku dan hanya kepada Mu tempat aku kembali ..."

Bila diri bangun di pagi hari...

Bangkitlah dengan rasa kerdilnya diri kepada Allah ...dengan izinNya engkau
mampu bangun untuk meneruskan lagi kehidupan. Sucikanlah hati dan zahir
dirimu dengan berwuduk...rebutlah peluang di akhir sepertiga malam untuk
sujud kepadaNya .... meraih kasih jua rahmatNya ...moga dipimpin hidupmu di
dunia.

Bila azan bermandang...

Bersegeralah wahai diri ...tunaikanlah kewajipanmu...hadapkanlah diri
beserta hatimu kepadaNya...dengan penuh rasa kerdilnya diri, lemahnya diri
ini ya Allah....sedarilah hakikat dirimu sebagai hambaNya ...
dan ketahuilah sesungguhnya solatmu di pagi ini disaksikan oleh para
malaikat. Lalu di sujud yang terakhir, mohonlah kepada Allah ...semoga
dosa-dosamu diampun olehNya , semoga hatimu tidak akan goyah dengan dunia.
Mintalah kekuatan kepada Allah utk menghadapi hidup seharian ini dengan
penuh keimanan dan ketaqwaan kepadaNya, moga bertambah sifat kehambaan dalam
dirimu ...moga kan bersinar cahaya imanmu.

Bisikkanlah jua di hati nuranimu ...

Rasa pengharapan agar diberi nusrah dalam menjaga kewajipanmu ... bersegera
dalam menunaikan solat beserta rasa khusyuk dan takut kepadaNya semata
...dimudahkan dalam melakukan amal soleh sebagai bekalmu apabila tiba hari
pertemuan denganNya di akhirat nanti. Mohonlah perlindunganNya agar
dijauhkan dirimu daripada hasutan dan bisikan syaitan laknatullah,
kejahatan manusia yg tidak beriman dan keburukan sifat mereka yang munafik... dan merintahlah lagi kepada Allah...
berilah kekuatan kepada dirimu dalam melakukan amal bakti terhadap orang
tuamu dan kaum kerabatmu, moga terpelihara lidah jua tanganmu daripada
menyakiti hamba-hambaNya ....dan mintalah kepadanya hati yang cekal dan
tabah ...moga kuat semangatmu dalam bermujahadah .. moga tidak luntur roh
perjuanganmu dalam membela agamaNya…

Dan insafilah wahai diri...

tidak ada yang lebih berharga selain daripada redhaNya, tidak ada yang lebih
bahagia selain daripada cintaNya dan tidak ada yang lebih bermakna dalam
kehidupan di dunia ini selain hidayah jua pimpinanNya ...

Sekian.



" TAQARRUB ILALLAH PENYELESAI SEGALANYA..."


=====
Islam is the way of life...
AD-DEEN.

Ujar Saidina Umar Al-Khatab:
"Tidak akan kamu berasa gundah walau sekali,
jika kamu tahu apa yang dicari."

Batasan Cinta

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha
pengasihani...

Ikhwah dan Akhawat yang di rahmati allah,

Maksud firman Allah "dan antara tanda-tanda kesyukuran
Nya Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada
jenis sendiri supaya kamu cenderung kepadanya dan di
jadikan antara kamu rasa kasih dan sayang"

Kasih sayang sesama makhluk perlu di pupuk sekadar
menambah keceriaan hidup,ikatan yang jujur dan tulus
ikhlas yang akan menambah semangat perjuangan
islam,selain bekorban untuk mendapat kegembiraanNya...

Sahabat,

Percintaan di awal musim merupakan percintaan di musim
bunga yang penuh keindahan,tetapi apabila musim itu
berlalu dan kalian terlupa bersedia untuk menghadapi
musim luruh dan musim sejuk,maka kalian akan mati
kesejukan kerana terlalu memuja musim yang indah
itu...

Kalian yang di kasihi allah,

Bercintalah sekadar minum seteguk air di hari
kemarau.Dan meminumnya dengan penuh
kesabaran.Bercintalah sekadar menghirup wangian
kasturi tanpa memilikinya.Bercintalah dan berkasih
sayanglah kerana Allah dengan memupuk dan menyuburkan
ikatan itu dengan cara yang matang dan dengan kawalan
iman demi untuk keizzahan islam tercinta.....


ukhtukum fillah..
ana....

APRIL FOOL!!




Asal Usul April Fool

Assalamualaikum..

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan
bersama.

Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan
budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali.

Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan.Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.

Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dah menyebabkan penyesalan berpanjangan.

Sewaktu zaman persekolahan dahulu, penulis pernah terbaca tentang suatu terjadi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bhw ia
mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah
bertapak berkurun-kurun lamanya si Granada, Sepanyol, kerajaan Islam
akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam
di Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dlm rumah masing-masing untuk
menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas
hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar
dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka
dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan. Orang-orang
Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan,
telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.
Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan
lalu menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan
kemudian membakar rumah penduduk- penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera
Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Petikan drpd Risalah Fikrah - Peliharalah Allah, nescaya Allah akan
memelihara kamu ......rawahu ttirmizi Illal Liqaq

30 rahsia naluri wanita....




betul ke ni?betul la kot kannnnn...98% betul...


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang
bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu
bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu
menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa
untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu
menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci
tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai
wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di
tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang
lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya
walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki
lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung
tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti
coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak
tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan
kamu separuh mati, tolak cintanya dengan
lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam
diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah
buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri
darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk
seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia
sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka
rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara
termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka
ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood
wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam
diam memberikan respon positif,misalnya
menghubunginya melalui telefon,si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak
berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia
akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh
minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita
tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi
wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan
dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu
dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan
setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab
dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia
menghubungimu atau menunggu panggilan
darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang
dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering
tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini
lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling
romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah
rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe
rtama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang
berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah
dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di
fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang
akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan
harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia
rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik
dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka
yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur
dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan
mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang
disayanginya mengadakan surprise
buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan
romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan
bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni
dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil
berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau
nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana
apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan
disayangi sepenuh jiwa.

Enjoy...

Kehidupan..

Post kali ni simple je aku nak ajak korang smua hargailah erti kehidupan sebenar dalam hidup ni. Manusia ni pada lumrahnya mmg tamak apa yang ada disekeliling mmg xpernah ckup that's why dikatakan kehendak manusia adlh tdk terhad tp pernah kh kita trfikir sebenarnya Allah s.w.t dh memberikan lbh dr yg secukupnya buat kita?? Adakah kita sedar & mensyukuri nikmat Allah itu? @ kita sendiri tdk sedar & xnampak apa yg Allah sediakn didepan mata kita. sebagai contoh dlm Al-Quran sendiri ada mengatakn Allah jadikan tiap sesuatu itu ada pasangan nya sperti siang pasangan nya malam begitu juga manusia yg ada setiap pasangannya sendiri tp adakah kita menghargai pasangan hidup kita?Adakalanya Allah uji kita dgn sesuatu yg kita rasa sgt berat pd pndangan mata kita tetapi sbnarnya ujian itu sbenarnya diturunkan Allah sesuai dgn diri kita sendiri tdk ada kurang & tdk ada lebihnya. Mungkin pasangan kita itu sendiri ujian dr Allah buat kita utk kita lebih menghargai insan2 disisi kita yg kdg2 kita rsa mennjadi beban dlm hidup kita. Sesuatu yg kita sering lupa adalah hidup didunia ini sbenarnya hanyalah sementara & satu dugaan semata2 yg mana kita tenggelam dalam kenikmatan yg sementara utk mengejar kehidupan akhirat yg hakiki kelak. Renung2kanlah..salam

Sikap pemanduan rakyat Malaysia

Hai semua kali ni aku terasa nak komen pasal sikap pemanduan rakyat Malaysia ni yang mana sangat-sangat teruk. benda yang paling aku menyampah sekali adalah bila 'driver2' ni suka sangat masuk @ belok tanpa memberi lampu untuk membelok ke kiri @ ke kanan adoyai bukannya kena bayar duit pun nk bagi signal tu kan ni tak tengah drive laju2 dgn slumbernya lh msuk kri lh kanan lh ade yg U-turn terus pun ade gak lh hai apelah nk jadi ngan rakyat Malaysia ni. ni belum lagi psal pentingkan diri sendiri smpai bila ada ambulance langsung xnk bg laluan.. Ya rabbi org mcm ni pun ade ke tp slalunya pmpuan lh ape yg aku nmpk lngsung xnk bg laluan kt ambulance tu nk jln dlu kesian org yg skit kt dlm tu.Yg lagi teruk nya bila ambulance speed lalu kt traffic light ade lak keta lain yg follow sx blakang ambulance..isk3 mmg teruk lh attitude diorg ni. Klu aku jadi driver abulance ni aku mark muka org2 mcm ni bla berlaku kemalangan jgn hrap2 n naik ambulance aku..he3 klu jnis org mcm ni yg eksiden cal nk pki ambulance aku g mkn roti cnai jp pastu men game 1-2 round bru aku g amk diaorg hntr ke hospital.he3 kejam x? Ape2 pun ubh la attitude kita dan jadilah pemandu yang berhemah. Jgn la kedekut utk bg signal ek kak long2 n kak ngah2, ah siang, apek, muthusamy ke..he3

7 Jenis Wajah Mayat Di Dalam Kubur

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.
Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.


2. Mayat yang mukanya berbentuk babi.
Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?


3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam.
Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.


4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.


5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya.
Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.



6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai.
Itulah mayat orang yang suka makan riba'.


7. Mayat yang wajahnya tersenyum
Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Saturday, March 27, 2010

Koleksi Gambar-gambar pelik



Opps objek apakah itu gambar yang diambil ini secara xsengaja telah menampakkan objek seperti hantu pocong ( hantu bungkus)



Manusia ada tanduk?? Mmg sesuatu yg menghairankan. Lelaki ini digelar manusia unicorn oleh penduduk kawasannya.




Akibat kelalaian yang membawa padah nyawa yang melayang so hati2 di jalan raya.


Akibat lebihan steroid inilah akibatnya.. super freak right?


Ngeri kan? ini adalah akibat dari kemalangan berbasikal.huhu

what is love?



Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan

Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia

Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan

Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki

Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.

Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?

Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

Sumber: Azdriana

Kisah jutawan Datuk Lee Boon Siew



Datuk Low Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu, kehidupan keluarga Datuk Low sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah. Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya. Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik. Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di China.

Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10 sen bagi setiap bas. Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian. Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM 200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari.

Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Low meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British.

Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung. Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati.

Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu. Kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia. Adalah menjadi pengetahuan umum, Datuk Low tidak pandai menulis namanya secara tepat setelah belajar sekian lama. Namun begitu memiliki satu pasukan profesional untuk berkhidmat dengannya.


(Dipetik dari penulisan: Muhammad Amin Al-Farabi)

Ikhtibar :- Jutawan jem


JFD

Mungkin ada yang kenal dan ada yang tidak kenal pada Fraser Doherty. Ceritanya bermula pada tahun 2002 pada usia 14tahun, dia mula membuat jem dari resipi neneknya, di rumah keluarganya di Edinburgh, England. Fraser Doherty hanya menjalankan usaha cara lama. Jem tersebut menjadi kesukaan jiran dan kawan-kawannya yanng pergi ke gereja. Akhirnya, jemnya mendapat perhatian ramai.

Bermula dari kenalan sehingga Doherty menerima tempahan yang banyak dan dia tidak mampu lagi membuat di rumah sehingga dia terpaksa menyewa sebuah kedai memproses makanan untuk beberapa hari dalam masa sebulan dengan 200 orang pekerja. Dikala usianya mencecah 16 tahun iaitu setelah tamat persekolahan, dia membuat jem sepenuh masa. Pada tahun 2007, Waitrose sebuah supermarket di UK mempelawanya untuk menjual ‘Superjam’nya di supermarket mereka.

Dalam masa beberapa bulan sahaja jemnya memasuki 184 Waitrose Stores dan jualannya semakin terus bertambah. Kemudian Doherty membuat pinjaman dari bank sebanyak RM40,000 daripada bank untuk menampung kos pengeluaran bagi mengeluarkan jem perasa Blueberry & Blackcurrent, Rhubarb & Ginger dan Cranberry & Raspberry.

Akhirnya jem Doherty mendapat permintaan Tesco di 300 store melangkaui UK. Pada Mac lalu, Superjam dilancarkan di Ireland. Tahun lalu sahaja Superjam Doherty mencecah jualan RM2.7juta. Pada tahun ini dijangkakan jualannya akan mencecah sehingga RM3.5juta hingga RM6 juta. Dia mengatakan kepada remaja-remaja di luar sana bahawa “kena ada sikap menghadapi cabaran” dan sudah tentu pada usia 19 tahun dia gembira dalam kehidupannya.

Politik oh politik..

Sejak akhir2 ni semakin menjadi2 isu politik di Malaysia walaupun isu politik adalah sesuatu yang normal di setiap negara di seluruh dunia skrg. Tp yg lebih mennyakitkan hati adalah apabila setiap perkara hendak dipolitikkan lebih2 lagi menjelang pilihan raya. Baru2 ni smasa membeli surat khabar saya sempat bertanya kepada penjual berkenaan akhbar apa yg paling laris jualan dan dia cakap akhbar metro sebab orang dh jemu membeli akhbar lain seprti utusan dan berita harian yang penuh dengan isu2 politik. Ini jelas memperlihatkan masyarakat di negara ini sudah bosan dengan permainan politik ahli2 politik di Malaysia. sebenarnya jika seseorang ahli politik yang asalnya wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat itu sendiri ikhlas melakukan kerja semata2 utk rakyat maka rakyat sendiri akan setia dan tetap memberi sokongan penuh kepada wakil rakyat berkenaan utk terus memperjuangkan hak rakyat. Wahai ahli politik tonjolkan lah keikhlasan anda dalam memperjuangkan hak rakyat sekalian demi kesejahteraan rakyat & negara...

KISAH SEEKOR ULAT DENGAN NABI DAUD A.S

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.
Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, "Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"
Sebaik saja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. "Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.
Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"
Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.
Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka mentedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa saja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

Friday, March 26, 2010

Open Ur Eyes

Best nasyid song..must hear!!

Wednesday, March 24, 2010

My idol :- Syed Mokhtar Al-Bukhary



L/belakang Syed Mokhtar

- Umur - 53 tahun

- Pendidikan - SPM

- Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)

- Kekayaan -RM1,425 juta

- Ke 7 terkaya di Malaysia

- Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

- Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat

- Kereta - Proton Perdana

-
Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000
pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas
tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1
juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat
Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

- Bagaimana
sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan
sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras
kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan.
Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke
surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan.
Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar
yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja
seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan
itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak
bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa
lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik
sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan;
banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3.
Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam
saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses
kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh
menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi
tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali
kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta
orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah
jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka
(bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita.
Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar
dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan
kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10.
Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York
dan London. Saya pun suka pakai baju elok.... Tapi kita hendak bermewah
setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa
rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12.
Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok
mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita
tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik.
Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin
kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13.
Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai
persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita
tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah
tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14.
Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum
pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah
banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh
itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

Monday, March 22, 2010

Care termudah & terpantas abd ini utk dptkan six pax


Just for laugh..hahaha ni lah caranya jln plg mudah nk dpatkan six pax xsmpai seminit pun.huhu selamat mencuba.. :-)

Top 5 website yg anda patut lawati..



So kat sini aku nak suggest kan Top 5 website yg ptt korang lawati

1. www.zaharuddin.net - laman web ini menerangkan pasal agama islam terutama sekali dr segi aspek muamalat mengikut syariah islam. Sp2 yg rajin buat bisnes boleh bertanya pd UZAR smaada bisnes, pogram anda betul2 mengikut syariah @ tidak.

2.www.4shared.com - laman web ni mmg best coz mcm2 bnde kite bleh download dr website ni nk upload pun blh cthnya mcm lagu, lirik lagu, video, software,e-book & mcm2 lg lah. website ni mmg mesra pengguna, laju & x serabut sgt. recommend utk mreka yg suka download lagu.huhu

3.www.download.com - ni plak slh satu website yg aku suka lawati almost every day.hehehe coz blh download mcm2 software utk PC, Game, application dll wlupun just utk trial tp mmg berbaloi

4. www.iluvislam.com - website ni mmg best coz bnyak info psl agama islam yg kite blh dpt dr website ni. Tahniah pd pncipta website yg berjaya buat website ni jdi tumpuan rmi. blh dikatakn labih dr 1000 org akan melawati website ni setiap hari. website ni mmg xmmbosankan. jom surf skrg!!

5.www.irfankhairi.com - ni merupakan web rasmi dr irfan slh seorang jutawan internet yg terawal di Malaysia. best msuk web ni coz blh dptkan tips2 & kata2 motivasi utk maju & berjaya dlm bisnes. Salute dr irfan u r the best!!

Infiniti downline??


POst kali ni berkaitan facebook(facebuk) lg tp lbih specific psl Infiniti downline slh satu pogram affiliate( affiliate ke?)yg menggunakan tagline login facebook dpt Rm100. actually dh rmi org ajak aku join bnde ni & 1st tgk pogram ni pun cm best je tp sblum join aku dh kaji dlu bnde ni & rasa bnde ni mcm meragukan je. Tagline dia tls login facbuk dpt RM100 klu cmtu baik 1 hari lgin 100 kali dh dpt RM10000 sehari tul x tp sbnarnya x pun.. kite kn invite org jd downline kite & org tu byr RM100 kt kite so dpt lh income kt situ..haha ape pny pogram lh sm je mcm pengemis duduk tepi jln ke, ats jmbtan @ kt psr mlm mntk je duit kt org gna alasan xmmpu cri duit, yg pogram ni plak gna alasan bisnes. Klu btul bisnes mst ade produk yg kte beli dgn harge RM100 tp produk yg dia bg(knon2 produk lh nk cover bnde ni..)mcm video2, ape lg lh yg blh dikatekan agk useless. LG 1 at 1st bla nk join kta just kn byr RM100 je tp rpnya kn maintain byr RM100 tiap2 bln bygkan dlm setahun RM1200 kita bg duit kt org alangkah ruginya kite. Knp lah ade org yg join pogram mcm ni..huhu klu mengikut kajian ustaz Zaharuddin dlm websitenya (www.zaharuddin.net) infinity downline ni blh jtuh hukumnya haram coz ada unsur2 Gharar, penipuan & slh dr segi syariah. so bnda ni dh jdi sesuatu yg meragukan so pde sesiape yg dh join baik hentikan drpd anda trus mkn duit org lain je. ni cm agenda org barat utk mengajak kite lari dr syariah islam & melemahkan kite sendiri dr dlm kerana wang yg kite mkn tu akan jd drh dgg kite nnt.. nk lebih kepastian rujuk lh lman web ustaz Zaharuddin ni.. respect kt ustaz coz sudi kaji bnde ni & tunjuk kan kebenaran kpd umat islam tntg syariah islam yg sebnar.. salam

FACEBOOK..FACEBOOK..FACEBOOK

Kali ni nk cter psl facebook lak..skrg ni sluruh dunia tgh hot dgn facebuk yg mn mrupakan laman sosial plg digemari stakat ni xterkecuali kt Malaysia ni ha.. dlu rakyat Malaysia gila kan friendster skrg ni dh tkar ke facebuk lak. Base pd pndpat aku la org suka dgn facebuk ni sbb function utama dia yg mmbolehkan kita luah ape yg kita nk kongsi dgn rkan2 & pada masa yg sma dpt feedback dr rakan2 ln. kranya keghairahan bermain facebuk ni smkin mnjadi2 bla stiap posting kite tu mndpt feedback dr stiap org yg bca la... rmi org yg gna fcbuk utk brmcm2 tujuan cthnya cri jodoh la, cri kwan lama @bru, utk luah perasaan, bisnes, agama & ade jgk utk tujuan politik.huhuhu ape2 pun facebuk mmg best tahniah lah pd creator yg cipta fcbuk ni ek.. adios!!

Saturday, March 20, 2010

Asal-usul Sembahyang

SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama:-
Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:-
Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.
ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:-
Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:-
Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:-
Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:-
Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:-
Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:-
Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:-
Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:-
Kelam dengan perut ikan Nun.
MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama:-
Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:-
Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:-
Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.
ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama:-
Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:-
Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:-
Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:-
Dukacita terhadap anak Firaun.

25 pesanan luqmanul hakim

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.
03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.
08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.
09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.
11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.
13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.
17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.
18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.
19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.
20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.
23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.
24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.
25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
Sekian, Wassalam.
Hai insan yang alpa Kehinaan bagi mu Kebangaan bagi ku

24 PERKARA JANGAN DILAKUKAN

Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg. menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg. mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara - perkara yg. jangan dilakukan yg. seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri. :

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s. w. t.
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim..
14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s. w. t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s. w. t.
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s. w. t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s. w. t itu lebih mengetahui

10 PESANAN ALLAH S.W.T KEPADA NABI MUSA A.S.

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata Rasulullah S.A.W bersabda : "Allah S.W.T. telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran a.s. dalam alwaah 10 bab :
• Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun bahwa aku telah memutuskan bahwa api neraka akan menyambar muka orang-orang musyrikin.
• Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik.
• Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.
• Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku.
• Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-Ku.
• Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.
• Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya.
• Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.
• Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri.
• Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu. Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi : "Sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s. dan Allah S.W.T memilih hari Juma'at sebagai hari raya untukku."

Wednesday, March 17, 2010